Siri Ariff Ingin Tahu

JLB Educational Technology

$29.90 

Share:

Siri Ariff Ingin Tahu mengisahkan bagaimana seorang anak lelaki bernama Ariff mendapat pengetahuan dan mempelajari nilai-nilai penting (seperti berkata benar, bertanggungjawab, menyayangi dan menghormati keluarga) melalui peristiwa-peristiwa tertentu.  Watak-watak penting yang lain adalah ibu dan adiknya Qiyah.

Siri Ariff Ingin Tahu dihasilkan dalam beberapa format:  e-buku, buku audio,dan buku cetak, dan diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd.

Siri Ariff Ingin Tahu sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-9 tahun. Setiap buku disertakan dengan aktiviti bersama ibu bapa dan senarai kosa kata.

Bila Dewasa Nanti
Siapa lebih hebat — seorang cef atau seorang doktor? Ariff dan Qiyah masing-masing berfikir yang cita-citanya adalah lebih baik dari yang lain. Mujur ada Ibu untuk mendamaikan mereka. Ariff dan Qiyah kini lebih tahu akan kebaikan yang ada pada cita-cita mereka.

Hero Ibu
Apakah yang telah membuat Ibu dan Qiyah menjerit dengan penuh rasa takut hingga mereka meloncat berdiri di atas meja? Ariff tidak menunggu lagi dan terus mara membantu ibu dan adiknya. Ariff berani kerana dia telah berjanji kepada Ayahnya untuk menjaga Ibu dan Qiyah di rumah!

Jasa Atuk dan Nenek
Ariff ebih suka menonton kartun daripada pergi melawat Atuk dan Nenek mereka.  Ayah and Ibu lalu menceritakan kisah Atuk dan Nenek supaya Ariff dan Qiyah lebih kenal tentang Atuk dan Nenek mereka.

Selamat Tinggal Siti
Ariff ada ikan peliharaan! Seronoknya. Pada mulanya ikan itu dijaga dengan penuh teliti tapi tidak lama kemudian, Ariff mula cuai. Dia ingin bermain kawannya Ilyasak. Bagaimana dengan nasib Siti?

Sayang Adik!
Ini mainan milik Ariff, bukan Qiyah! Qiyah asyik mengacaunya apabila Ariff hendak bermain sendiri. Ariff tidak suka berkongsi mainan. Ariff pun menunjukkan rasa geramnya, tetapi Qiyah yang mendapat padah. Ariff menjadi cemas! Kasihan Qiyah.

Kasih Ibu dan Ayah
Ariff dan Qiyah berasa hairan apabila mereka menonton bagaimana penguin jantan menjaga anak penguin. Ibu pun menerangkan bagaimana Ibu dan Ayah menjaga Ariff dan Qiyah dari kecil lagi.

About the Author:
Jumaini Ariff dilahirkan di Singapura pada 13 April 1979 dan mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bedok Town, Sekolah Rendah Gongshang dan Sekolah Menengah Perempuan Tanjong Katong.

Walaupun Jumaini Ariff memegang Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrikal dari Singapore Polytechnic, minatnya terhadap pendidikan pra-sekolah mendorongnya untuk mendalami bidang tersebut. Bermula dengan Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (RTRC and Wheelock College Boston), Jumaini meraih Diploma Pendidikan Khas (NTU-NIE) dan Diploma Autisma dari Autism Resource Centre.

Jumaini berpengalaman menjadi seorang guru pra-sekolah dengan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan pernah menyandang jawatan sebagai Pendidik Sokongan Keperluan Khas dengan Kementerian Pelajaran Singapura (MOE).

Our Best Seller!